F.A.Q. Custom USB

Berapa harga mengikut GB?
Harga adalah mengikut saiz GB dan kuantiti tempahan yang anda perlukan. Anda hendaklah menghubungi kami untuk mendapatkan harga. Ini kerana harga pasaran chip pendrive berubah tidak menentu mengikut pasaran. Kami akan bagi anda harga terbaru mengikut pasaran semasa.

Berapa lamakah tempoh tempahan siap custom pendrive?
Kami perlu menyusun tempahan mengikut giliran. Tempoh masa siap custom pendrive normal kami tetapkan adalah 10 hari berkerja selepas memuktamadkan design dan membuat deposit. Untuk "urgent job", upah kerja tambahan akan dikenakan.

Berapakah bayaran untuk membuat tempahan?
Untuk pembelian tunai, bayaran sekurang-kurangnya deposit 50% dari nilai tempahan atau bayaran penuh. Jika tidak boleh membuat deposit, anda hendaklah memberikan kami LO/PO dari syarikat/jabatan anda. Tertakhluk diatas budi bicara.

Bagaimanakah cara membuat tempahan?
Semuanya boleh dibuat secara atas talian. Anda amat digalakkan menghantar Whatsapp/email kepada kami untuk memohon sebut harga. Selepas dipersetujui, kami akan berikan ada form tempahan yang perlu di isi untuk kami sediakan invois dan juga menyusun tempahan anda.

Kenapa perlu hantar Whatsapp/email?
Kami perlukan maklumat bertulis daripada anda untuk membuat rujukan mengenai permintaan dan juga perbincangan bersama anda. Jika hanya melalui panggilan telifon, segala butiran perbincangan tidak dapat di rekod, ini akan menyebabkan salah faham atau terlupa maklumat.

Apakah nombor whatsapp yang boleh dihubungi dan juga email?
Anda boleh terus tekan tulisan whatsapp dibawah jika anda sedang menggunakan telifon bimbit.

Azizi : 017 227 6737 WHATSAPP
Farid : 012 400 2823 WHATSAPP
Email : elektromania_shop@gmail.com

Bagaimanakah cara penghantaran?
Tempahan custom pendrive anda akan dihantar menggunakan perkhidmatan Poslaju ataupon GDex ke seluruh Malaysia. Jika anda berada berdekatan dengan kami, pihak kami bersedia untuk menghantar sendiri tempahan anda.

Adakah kualiti custom pendrive betul seperti yang ditulis?
Ya! Kami lakukan ujian kualiti untuk setiap custom pendrive yang kami keluarkan. Hati-hati dengan pendrive yang lebih murah kerana mungkin ianya TIRUAN!

Bagaimanakah pihak elektromania membuat ujian kualiti?
Anda boleh lihat video ini bagaimana elektromania menguji setiap pendrive keluaran kami.


Design siapa yang sediakan?
Design anda boleh buat sendiri, hanya ikot saiz yang diberi. Jika anda memerlukan kami untuk menyediakan design, kami sedia membantu. Untuk tempahan 100pcs ke atas upah design percuma.

Apakah saiz dan format design untuk custom USB card?
Untuk design boleh hantar dalam apa-apa format. Psd atau ai lebih digalakkan. Saiz design custom USB card adalah 8.35x5.25cm. Kalau boleh logo atau tulisan jgn rapat sangat dgn hujung design sebab saiz ni besa sikit dari kadnya. Jarakkan sekurangnya 0.5cm dari tepi kad.

Adakah terdapat limit warna yang boleh digunakan?
Tiada! Kami menggunakan teknik "FULL colour direct printing", ink yang sangat berkualiti dan tahan. Bukan sticker ya. Boleh lihat contoh ini.




Bolehkan kami buat seperti ID card?
Boleh. Sila maklumkan kepada kami terlebih dahulu.


Warranty berapa lama?
Warranty untuk chip adalah 12bulan. Kami akan gantikan terus yang baru (1 to 1).

Apa warranty yang boleh dituntut?
Jika berlaku masalah chip anda hanya perlu hubungi kami, dan menjelaskan permasalahan yang berlaku. Kami akan gantikan terus yang baru (1 to 1).

Adakah pihak elektromania syarikat berdaftar?
Ya! Kami berdaftar dengan SSM diatas nama Elektromania Sdn Bhd dan 100% syarikat milik bumiputra. Kami beroperasi di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Berapa lama pengalaman pihak elektromania dalam membuat Custom USB?
Kami sudah berpengalaman sejak Januari 2014.